PERMOHONAN UNDI POS BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN SABAH KE-17
1. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1A (DALAM NEGARA)
Permohonan undi pos Kategori 1A (Dalam Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi:
a) Anggota/Pegawai SPR;
b) Petugas Pilihan Raya;
c) Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi;
d) Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi; dan
e) Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya.
2. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA)
Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih yang tinggal di luar negara.
3. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1C (AGENSI/ORGANISASI)
Permohonan undi pos Kategori 1C (Agensi/Organisasi) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi kerana bertugas:
a) Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
b) Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
c) Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
d) Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
e) Anggota Jabatan Kesihatan;
f) Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
g) Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
h) Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
i) Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
j) Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
Pemilih-pemilih yang layak untuk memohon undi pos hendaklah mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login
TARIKH TUTUP PERMOHONAN UNDI POS:
Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)
Aras 5, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : +603 8892 7080
Email : upup@spr.gov.my atau upup1c@spr.gov.my




Penafian : Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) adalah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Hakcipta © 2025 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA. | Hak Cipta Terpelihara.
Pautan PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI