PERMOHONAN UNDI POS BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN
NEGERI MELAKA KE-16

1. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1A (DALAM NEGARA)

Permohonan undi pos Kategori 1A (Dalam Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi:

a) Anggota/Pegawai SPR;
b) Petugas Pilihan Raya;
c) Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi;
d) Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi; dan
e) Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya.

2. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA)

Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih yang tinggal di luar negara.


3. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1C (AGENSI/ORGANISASI)

Permohonan undi pos Kategori 1C (Agensi/Organisasi) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi kerana bertugas:

a) Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
b) Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
c) Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
d) Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
e) Anggota Jabatan Kesihatan;
f) Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
g) Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
h) Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
i) Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
j) Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pemilih-pemilih yang layak untuk memohon undi pos hendaklah mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login

  1. Kategori 1A: Anggota/Pegawai SPR
  2. Kategori 1A: Petugas Pilihan Raya
  3. Kategori 1A: Anggota Polis
  4. Kategori 1A: Anggota Tentera
  5. Kategori 1A: Petugas Media
  6. Kategori 1B: Luar Negara (Bahasa Melayu)
  7. Kategori 1B: Luar Negara (Bahasa Inggeris)
  8. Kategori 1C: Agensi/Organisasi

    TARIKH BUKA PERMOHONAN UNDI POS:
    23 September 2026 (Rabu)

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN UNDI POS:

    a) Kategori 1A: 28 Oktober 2026 (Rabu)
    b) Kategori 1B: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
    c) Kategori 1C: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
     

     

Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)

Aras 5, Menara SPR

No.2, Jalan P2T, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PUTRAJAYA

Tel : +603 8892 7080

Email : upup@spr.gov.my atau upup1c@spr.gov.my