22 Mac 2025 20:42 PM

PERMOHONAN UNDI POS PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.48 AYER KUNING, PERAK

A. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1A (DALAM NEGARA)

Permohonan undi pos Kategori 1A (Dalam Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi:

  1. Ahli / Pegawai SPR;
  2. Petugas Pilihan Raya;
  3. Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya; dan
  4. Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi


B. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA)

Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih yang tinggal di luar negara.


C. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1C (AGENSI/ORGANISASI)

Permohonan undi pos Kategori 1C (Agensi/Organisasi) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi kerana bertugas:

  1. Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
  2. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
  3. Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
  4. Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
  5. Anggota Jabatan Kesihatan;
  6. Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
  7. Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
  8. Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
  9. Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
  10. Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN UNDI POS

  1. KATEGORI 1A (DALAM NEGARA) : 9 APRIL 2025 (RABU)
  2. KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) : 20 MAC 2025 (KHAMIS)
  3. KATEGORI 1C (AGENSI/ORGANISASI) : 20 MAC 2025 (KHAMIS)

Pemilih-pemilih yang layak untuk memohon undi pos hendaklah mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login

Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)

Aras 5, Menara SPR

No.2, Jalan P2T, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PUTRAJAYA

Tel : +603 8892 7080

Email : upup@spr.gov.my