TAKLIMAT DAN NAZIRAN URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH DI PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI (PPN) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 16 Julai 2025 – Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadakan Naziran Urusan Pendaftaran Pemilih di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PPN ini merupakan negeri ketiga di zon tengah yang terpilih untuk sesi naziran 2025. Naziran yang dilaksanakan selasa dua (2) hari pada 16 dan 17 Julai 2025 bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar terhadap pelaksanaan proses kerja melibatkan urusan pendaftaran pemilih di PPN.

Selain itu, pasukan naziran juga berperanan dalam memberi khidmat nasihat dan cadangan penambahbaikan bagi proses-proses pendaftaran pemilih.
Naziran ini disertai oleh lima (5) orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian PD dan Bahagian Pengurusan Maklumat.

Similar Posts