TAKLIMAT DAN NAZIRAN URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH DI PEJABAT PILIHAN RAYA (PPN) NEGERI SELANGOR
Shah Alam, 24 Jun 2025 – Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat SPR telah mengadakan Naziran Urusan Pendaftaran Pemilih di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor.
Naziran yang dilaksanakan selama dua (2) hari pada 24 Jun 2025 dan 25 Jun 2025 bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar terhadap pelaksanaan proses kerja melibatkan urusan pendaftaran pemilih di PPN. Selain itu, pasukan naziran juga berperanan dalam memberi khidmat nasihat dan cadangan penambahbaikan bagi proses-proses pendaftaran pemilih. Naziran ini disertai oleh lima (5) orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian PD dan Bahagian Pengurusan Maklumat.