TAKLIMAT PETUGAS CALL CENTRE PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN SABAH KE-17

Putrajaya, 15 Julai 2025 – Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menganjurkan Taklimat Petugas Call Centre Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 pada 15 Julai 2025 bertempat di Auditorium SPR dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 32 orang peserta dari Ibu Pejabat SPR telah menghadiri sesi taklimat tersebut.

Objektif taklimat adalah untuk memastikan petugas mempunyai kemahiran untuk menjawab panggilan yang berkaitan dengan urusan pilihan raya. Call Centre ini dijangka akan mula beroperasi dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Sabah Ke- 17 sehingga hari pengundian.

Sesi taklimat telah dimulakan dengan perkongsian oleh Puan Tasneem binti Ahamed Kamal, Penolong Setiausaha Bahagian Pendaftaran Pemilih berkenaan urusan pentadbiran pengoperasian call centre, permohonan akaun MySPR, semakan maklumat pengundian dan penjualan daftar pemilih pilihan raya. Taklimat seterusnya telah disampaikan oleh Puan Mahfuzah binti Shaharudin, Penolong Setiausaha Bahagian Penjalanan Pilihan Raya berkenaan dengan Urusan Undi Pos.

Encik Nik Mohamed Norsyahfiq bin Nik Othman, Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Antarabangsa kemudiannya menyampaikan perkongsian maklumat bekenaan dengan Pemerhati Pilihan Raya. Taklimat telah diakhiri dengan sesi bersama Encik Abdul Haidir bin Abdul Sukor, Ketua Unit Komunikasi Korporat berkenaan Pas Media.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Taklimat Petugas Call Centre Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 yang dianjurkan oleh Bahagian Pendaftaran Pemilih.

Similar Posts