Program Bantuan Kasih Johor (BKJ) PPN Johor merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Johor dalam usaha menyantuni Penjawat Awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini. Pengagihan bantuan di peringkat PPN Johor telah diadakan pada 11 Mac 2026, merupakan inisiatif pemberian bantuan tunai one-off bagi membantu meringankan beban kewangan warga PPN Johor yang memerlukan. Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Johor serta keprihatinan kebajikan organisasi dalam memelihara kesejahteraan kakitangannya.