TARIKH/HARI : 13 JULAI 2026/ISNIN
MASA : 10.00 PAGI – 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA PILAH
Sesi kunjung hormat Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Kelantan, YBrs. Tuan Haji Adnan bin Haji Abd Rahman ke atas Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Pilah, YBrs. Puan Nawal binti Mohamed Amin.
Kunjungan hormat ini diadakan pada 13 Julai 2026 (Isnin) sempena Pilihan Raya Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke 16.
Turut hadir dalam sesi ini adalah 2 orang pegawai daripada PPN Kelantan iaitu Puan Nik Shuhairabani binti Nik Abdul Halim dan Encik Zalin Sidek bin Zakaria.
PPN Kelantan turut merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah kerana sudi menjayakan kunjungan hormat ini.