TARIKH/HARI : 18 OGOS 2026 / SELASA
MASA : 08.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERA, KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH, WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU
18 Ogos 2026 – Program Pendidikan Pengundi bersama pelajar-pelajar tingkatan enam telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan enam daripada 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri dan sekolah Menengah Kota Bharu.
📌 Taklimat Pendidikan Pengundi ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Fadly bin Mohd Fauzi, Timbalan pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Kelantan bertempat di Dewan Putera, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.
📌 Taklimat ini diadakan bersempena sesi Pemilihan Tingkatan Enam (PTE) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 dan dihadiri seramai 218 orang pelajar.
📌 Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan atas komitmen serta kerjasama bersama SPR.




