Pejabat ini amat berbesar hati menerima kunjungan daripada YBrs. Puan Norzawatil Amali binti Alias, Timbalan Setiausaha (Operasi), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan barisan pengurusan tertinggi ke Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka pada 13 Mac 2026 yang lalu.
Semasa lawatan ini, Pengarah Pilihan Raya telah memberikan taklimat ringkas berkaitan PPN Melaka serta maklumat berkaitan persediaan pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka ke – 16.







