Tarikh : 16 Jun 2026
Tempat : Bilik Indera, Pejabat Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan
Kunjungan hormat oleh Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) kepada Puan Norlinah binti Jamman, Pengarah Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan. Delegasi PNMB diketuai oleh YBhg. Datuk Pkharuddin bin Ghazali, Pengerusi PNMB dan pegawai-pegawai :
- Annuar Fakry bin Mohamad Toha
- Mohd ‘Imran Bin Mohd Husin
- Mohd Norhafiz Bin Yussuf
- Mellyssa Merican
Turut hadir sama adalah wakil dari Ibu pejabat SPR, YBrs. Encik Farihan bin Mohamad Taib, Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Penjalanan Pilihan Raya). Kunjung hormat ini memberi peluang kepada kedua-dua agensi bertukar pandangan dan membincangkan urusan perjalanan pilihan raya khususnya bagi percetakan kertas undi dan dokumen-dokumen pilihan raya.




