KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) NEGERI SEMBILAN

Tarikh :     16 Jun 2026

Tempat : Bilik Indera, Pejabat Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan

Sesi ini diketuai oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaiddy bin Mat Rajali, General Manager (Retail & Stakeholders-N.Sembilan), Retail Division, TNB. Beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai :

  1. YBrs. Ir. Mohd Rizal bin Johari, Ketua Jurutera N.Sembilan
  2. Encik Zahrul Effendy bin Shahid
  3. Puan Nur Adzreen Binti Adzman
  4. YBrs. Ts. Balamurugan A/L Santhrakanthan

Sesi ini turut membincangkan urusan perjalanan pilihan raya serta pelan tindakan bagi memastikan bekalan elektrik berfungsi dengan baik sepanjang pilihan raya diadakan. Ia merupakan satu tugas yang mencabar terutama bagi hari-hari penting pilihan raya namun pihak TNB memberi jaminan akan bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat dan melaksanakan pemantauan dengan sebaik mungkin untuk rakyat dan pengundi di Negeri Sembilan. 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *