Program Outreach Di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar Perak

KAMPAR, 8 Julai 2026 – Program Outreach telah berjaya dilaksanakan di IPD Kampar. Program ini bertujuan memudahkan urusan pengemaskinian maklumat pengundi serta semakan maklumat daftar pemilih kepada warga IPD Kampar dan orang awam.

Sepanjang program berlangsung, sebanyak 105 permohonan pertukaran alamat melibatkan pegawai dan anggota IPD Kampar telah berjaya diproses, manakala 2 permohonan pertukaran alamat daripada orang awam turut direkodkan. Selain itu, sebanyak 130 semakan maklumat pemilih telah dilaksanakan bagi memastikan maklumat yang direkodkan adalah tepat dan terkini.

Similar Posts