PROGRAM KNOWLEDGE INSIGHT: TAKLIMAT PERJALANAN PILIHAN RAYA
TARIKH: 9 Februari 2026
ANJURAN: Pejabat Pilihan Raya Negeri
PESERTA: Warga Kerja Pejabat Pilihan Raya Negeri
Telah berlangsung Program Knowledge Insight anjuran Pejabat Pilihan Raya Negeri yang memfokuskan kepada Taklimat Perjalanan Pilihan Raya. Program yang dijalankan secara perkongsian ilmu (knowledge sharing) ini dihadiri oleh seluruh warga kerja Pejabat Pilihan Raya Negeri.
Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai aliran serta proses perjalanan pilihan raya secara menyeluruh. Melalui pendekatan Knowledge Insight, para staf berpeluang bertukar pandangan, memperkemas kefahaman teknikal, serta memahami strategi pelaksanaan tugas yang lebih efektif semasa proses pilihan raya berlangsung.
Penganjuran taklimat berskala dalaman ini merupakan langkah berterusan Pejabat Pilihan Raya Negeri dalam memastikan kesiapsiagaan dan kecekapan warga kerja berada pada tahap optimum. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja yang hadir dan memberikan komitmen penuh sepanjang program ini.





