YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah melakukan sesi kunjung hormat kepada YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 13 Mac 2026 yang lalu.
Turut serta dalam sesi kunjung hormat ini ialah YBhg. Datuk Maslina binti Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan). Delegasi SPR juga disertai oleh YBrs. Puan Norzawatil Amali binti Alias, Timbalan Setiausaha (Operasi), Encik Aizwan bin Anuar, Setiausaha Bahagian (Penjalanan Pilihan Raya) dan Encik Rudy Rohan bin Johan, Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka.
Kunjungan hormat ini amat penting bagi memperkukuh sinergi kerjasama antara SPR bersama Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan tatakelola dan tadbir urus dengan penuh integriti dan cekap berdasarkan peruntukan undang-undang negara serta bagi memastikan proses demokrasi negara ini berjalan lancar.






