TAKLIMAT PEGAWAI PENGURUS PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KE 16 NEGERI MELAKA

Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka telah menganjurkan Taklimat Pegawai Pengurus sebagai persediaan pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke – 16 Negeri Melaka. Taklimat ini telah diadakan di Hotel Dusit Princess Melaka pada 21 dan 22 April 2026. Taklimat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

 

Objektif taklimat ini diadakan bagi memberi kefahaman mengenai tugas dan peranan Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus bagi memastikan pejalanan pilihan raya dilaksanakan secara teratur dan mematuhi peraturan dan undang – undang yang telah ditetapkan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *