Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Urusan Pengemaskinian Daerah Mengundi (Updm) Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu Dan Negeri Sabah Siri Pertama Tahun 2026 yang telah diadakan di Hotel Dusit Princess Melaka pada 5 hingg 8 April 2026.
Mesyuarat UPDM bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Negeri Sabah ini dilaksanakan lebih awal sebagai persediaan awal untuk melaksanakan urusan Kajian Semula Persempadanan yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Pelaksanaan UPDM ini akan memudahkan pemindahan daerah-daerah mengundi dalam meminda sempadan bahagian pilihan raya sedia ada atau mewujudkan bahagian pilihan raya yang Baharu.




