Program Pendidikan Pengundi ( VET ) di ILP, GEBENG

GEBENG, 30 APRIL 2026 (KHAMIS) – PPN Pahang melalui bahagian korporat dan unit operasi telah dijemput untuk memberi taklimat berkenaan Program Pendidikan Pengundi (VET) yang telah berlangsung di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gebeng dan dimulakan seawal jam 9.00 pagi hingga tamat 2.00 petang. Keseluruhan yang hadir adalah seramai 170 pelajar. 

Program tersebut telah berjaya memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang muda yang mencapai umur 18 tahun berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *