BERCHAM, 12 Julai 2026 (Ahad) – Program Outreach telah berjaya dilaksanakan di Kem Kesedaran Mental & Medical 2026. Program ini bertujuan memudahkan urusan pengemaskinian maklumat pengundi serta semakan maklumat daftar pemilih bagi warga yang hadir ke program tersebut.
Sepanjang program berlangsung, sebanyak 6 permohonan pertukaran alamat dan 36 semakan maklumat pemilih telah dilaksanakan bagi memastikan maklumat yang direkodkan adalah tepat dan terkini.
