Pilihan Raya Kampus Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 2026

KANGAR, 4 Februari 2026 – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis dengan kerjasama Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis telah melaksanakan proses Pilihan Raya Kampus. Penganjuran Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi memilih barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi baharu.

 

Proses pengundian yang berlangsung seawal jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari itu berjalan dengan lancar serta mendapat penyertaan penuh semangat daripada penuntut pelbagai jabatan dan program pengajian di PTSS. 

 

Pihak pengurusan PTSS menyifatkan penganjuran pilihan raya kampus ini sebagai platform terbaik untuk membentuk watak kepimpinan, jati diri, serta sikap bertanggungjawab mahasiswa sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan dan kemasyarakatan.

 

Keputusan rasmi diumumkan oleh oleh Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin sejurus selepas proses pengiraan undi tamat pada sebelah petang.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *