Program Pendidikan Pengundi (Voter Education – VE)

KANGAR, 14 Januari 2026 – Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis hari ini menganjurkan Program Pendidikan Pengundi (Voter Education – VE) dan Kaunter Bergerak (Outreach) bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi mendidik serta memudahkan urusan pendaftaran warga institut. Inisiatif ini diadakan sebagai usaha berterusan SPR untuk melahirkan generasi muda yang prihatin, berpengetahuan, dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar selaras dengan pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik.

Antara aktiviti utama dan input yang disampaikan sepanjang program berlangsung termasuk:

  • Sesi Literasi & Pendidikan Pengundi (Voter Education): Penerangan mengenai sistem demokrasi berparlimen, hak dan tanggungjawab pengundi, serta kepentingan peranan belia dalam menentukan hala tuju negara.
  • Simulasi Proses Pengundian: Latihan amali aliran membuang undi di saluran mengundi bagi memberi gambaran dan pengalaman sebenar situasi pada Hari Mengundi.
  • Perkhidmatan Kaunter Bergerak (Outreach): Kemudahan semakan status daftar pemilih terkini dan urusan pertukaran alamat pusat mengundi mengikut Kad Pengenalan.
  • Sesi Interaktif & Soal Jawab: Ruang pameran dan perbincangan terbuka bagi membolehkan para pelatih mengemukakan sebarang pertanyaan terus kepada pegawai SPR.

Penganjuran program di ILP ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada para warga institut, dengan pembabitan aktif para pelatih kemahiran yang bakal menjadi sebahagian daripada pengundi muda negara. 

Program Voter Education di institusi latihan kemahiran dan pengajian tinggi akan terus diperkasa sepanjang tahun 2026 bagi memastikan golongan muda tidak kekok dan peka akan peranan mereka dalam menentukan hala tuju demokrasi negara.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *