PROGRAM PENDAFTARAN PEMILIH LUAR PEJABAT (PPLP)
TARIKH: 12 Julai 2026
TEMPAT: Medan Selera FS2 MPKS, Bandar Puncak Alam
ANJURAN: Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Selangor
Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Selangor telah menganjurkan PROGRAM PENDAFTARAN PEMILIH LUAR PEJABAT (PPLP) bertempat di Medan Selera FS2 MPKS, Bandar Puncak Alam.
Program turun padang ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran berkaitan hak dan tanggungjawab pengundi, di samping menyediakan kaunter perkhidmatan bagi memudahkan urusan pendaftaran dan kemas kini maklumat pemilih dalam kalangan penjaja, peniaga, serta pengunjung setempat.
Hasil daripada pembukaan kaunter perkhidmatan sepanjang program tersebut, sebanyak 205 orang telah berjaya mendaftar bagi urusan Tukar Alamat Pusat Mengundi.
Pihak PPN Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Selangor, serta seluruh komuniti tempatan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.



