PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI DI ADTEC KUALA LANGAT
TARIKH: 25 Februari 2026 (Rabu)
TEMPAT: ADTEC Kampus Kuala Langat
ANJURAN: Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor dengan kerjasama ADTEC Kampus Kuala Langat
PENCERAMAH: Encik Mohd Shaheed Bin Mohd Ayub
PESERTA: 370 orang pelajar ADTEC Kuala Langat
Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor telah memenuhi jemputan daripada pihak ADTEC Kampus Kuala Langat bagi melaksanakan Program Pendidikan Pengundi. Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan penyertaan seramai 370 orang pelajar.
Sesi ceramah dan pendedahan telah disampaikan oleh Encik Mohd Shaheed Bin Mohd Ayub, yang menyalurkan maklumat penting berkaitan pilihan raya di Malaysia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman sivik dalam kalangan belia dan bakal pengundi muda.
Pihak PPN Selangor menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran ADTEC Kampus Kuala Langat atas jemputan dan kerjasama yang diberikan, serta pujian kepada para pelajar atas komitmen penuh sepanjang program berlangsung.