PROGRAM PENDAFTARAN PEMILIH LUAR PEJABAT (PPLP)
TARIKH: 8 Februari 2026
TEMPAT: Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang
ANJURAN: Persatuan Penduduk Blok 6 Dahlia, Bandar Tasik Puteri
Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor dengan kerjasama Persatuan Penduduk Blok 6 Dahlia, Bandar Tasik Puteri telah menganjurkan PROGRAM PENDAFTARAN PEMILIH LUAR PEJABAT (PPLP) bertempat di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Selain itu, perkhidmatan kaunter urusan daftar pemilih turut disediakan bagi memudahkan penduduk setempat.
Sepanjang program berlangsung, kaunter PPN Selangor telah berjaya merekodkan perkhidmatan seperti berikut:
Urusan Tukar Alamat: 282 orang
Urusan Semakan Alamat: 6 orang
Pihak PPN Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa komuniti tempatan atas sokongan, kerjasama, dan sambutan penglibatan yang amat menggalakkan sepanjang program ini.





