KUNJUNG HORMAT PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI SELANGOR KE JABATAN
UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)
TARIKH: 8 Jun 2026
DELEGASI: Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor & Unit
Sempadanan
LOKASI: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN)
Selangor ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Delegasi PPN Selangor
ini telah diketuai oleh Pengarah PPN Selangor bersama pegawainya dari Unit
Sempadanan.
Pertemuan strategik ini bertujuan untuk memantapkan hubungan kerjasama rentas
agensi antara PPN Selangor dan JUPEM, terutamanya dalam aspek pemetaan
teknikal, pengurusan data geospasial, serta penyelarasan tugas-tugas persempadanan
kawasan pilihan raya. Sesi perbincangan ini juga memberi ruang kepada kedua-dua
pihak untuk bertukar pandangan serta menyelaraskan maklumat pemetaan demi
kelancaran pengurusan pilihan raya di negeri Selangor.
Pihak PPN Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
pihak JUPEM atas sambutan mesra serta komitmen berterusan dalam menyokong
urusan teknikal dan persempadanan jabatan.



