KUNJUNG HORMAT SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC) KE PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI SELANGOR
TARIKH: 8 Jun 2026
LOKASI: Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor
DELEGASI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik serta perbincangan rentas agensi antara PPN Selangor dan MCMC. Antara fokus perbincangan adalah berkaitan penyelarasan infrastruktur komunikasi, ketersambungan liputan rangkaian, serta sokongan teknikal multimedia bagi menyokong kelancaran operasi dan pengurusan pilihan raya di negeri Selangor.
Pihak PPN Selangor menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi MCMC atas kunjungan ini dan berharap agar jalinan kerjasama yang erat ini dapat diteruskan demi perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan.






