LAWATAN KERJA PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI (PPN) MELAKA KE PPN SELANGOR
TARIKH: 10 – 12 Februari 2026
LOKASI: Bilik Gerakan PPN Selangor
Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor telah menerima lawatan kerja daripada pihak PPN Melaka bertempat di Bilik Gerakan PPN Selangor. Lawatan yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan serta perkongsian kepakaran berhubung Urusan Pengemaskinian Daerah Mengundi (UPDM) dan Kajian Semula Persempadanan (KSP).
Sesi perjumpaan dan perbincangan ini memberikan ruang kepada kedua-dua pihak PPN untuk bertukar pandangan, memperincikan kaedah pelaksanaan teknikal, serta menambah baik penyelarasan kerja berkaitan UPDM dan KSP demi memantapkan kecekapan pengurusan pilihan raya di peringkat negeri.
Pihak PPN Selangor menzahirkan rasa penghargaan atas kunjungan delegasi dari PPN Melaka dan berharap agar jalinan kerjasama serta perkongsian strategik ini dapat terus memperkasakan mutu perkhidmatan kedua-dua jabatan.






















