KUNJUNGAN HORMAT KE JUPEM NEGERI KEDAH BAGI PENYELARASAN PENYEDIAAN PELAN WARTA PERSEMPADANAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA UNTUK URUSAN PENGEMASKINIAN DAERAH MENGUNDI (UPDM) NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU DAN NEGERI SABAH TAHUN 2026
Kulim, 15 Julai 2026 (Rabu) – Satu kunjungan hormat oleh Encik Mohd Noor Azam bin Mohd Mustafa , Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, bersama delegasi kepada LSr Mohamad Zikri bin Mat Isa , Pengarah Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Kedah telah diadakan pada 15 Julai 2026, jam 2.30 – 4.00 petang yang bertempat di Pejabat Pengarah JUPEM Kedah, Kulim.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan penyediaan Pelan Warta serta mendapatkan penjelasan berkaitan proses, keperluan data dan penyelarasan antara Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Kedah dengan JUPEM Negeri Kedah.
Terima kasih di atas penerimaan kunjungan yang sangat bermakna ini.



