PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH (OUTREACH) SEMPENA PROGRAM ALUMNI SEK. MEN. KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR
SUNGAI PETANI, 7 Ogos 2026 (Jumaat) – Unit Pendaftaran Pemilih (PD), Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah telah menerima jemputan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Alumni Sek. Men. Kebangsaan Sg. Layar bertempat di padang SMK Sungai Layar, Sungai Petani pada 6-7 Ogos 2026. Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan seramai 4 orang petugas.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
1. Semakan tempat mengundi
2. Permohonan pertukaran bahagian pilihan raya
3. Memberi pendedahan kepada pengundi dan memuat turun aplikasi MySPRSemak
4. Aduan, cadangan dan pertanyaan berkaitan pilihan raya.
Pihak PPN Kedah mengucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan orang awam yang datang ke Kaunter Outreach.




