KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI KEDAH KE PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI KEDAH
Anak Bukit, 6 Ogos 2026 (Khamis) – Puan Aldrina @ Mimi O.P. Andu, Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Nurazila binti Azizan, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah bersama delegasi. Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni serta memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk memperkenalkan fungsi, peranan dan tanggungjawab agensi masing-masing.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan kerjasama strategik dalam memperkukuh dan menyokong pelaksanaan tugasan rasmi juga dapat meneroka peluang perkongsian maklumat pilihan raya.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara kedua-dua agensi serta membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang demi kepentingan masyarakat dan penyampaian maklumat yang berkesan berkaitan pilihan raya, pendidikan mengundi dan program demokrasi.



