PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH (OUTREACH) SEMPENA PROGRAM KOMUNITI BIJAK KOMUNITI HARMONI
POKOK SENA, 25 Julai 2026 (Sabtu) – Unit Pendaftaran Pemilih (PD), Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah telah menerima jemputan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Komuniti Bijak Komuniti Harmoni bertempat di Dewan Sek. Men. Kebangsaan Pokok Sena pada 25 Julai 2026 (Sabtu). Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang dengan seramai 3 orang petugas.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
1. Semakan tempat mengundi
2. Permohonan pertukaran bahagian pilihan raya
3. Memberi pendedahan kepada pengundi dan memuat turun aplikasi MySPRSemak
4. Aduan, cadangan dan pertanyaan berkaitan pilihan raya.
Pihak PPN Kedah mengucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan orang awam yang datang ke Kaunter Outreach.


