Kaunter Pendaftaran Pemilih (OUTREACH) di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut

JERANTUT 14 MEI 2026 (KHAMIS) – Bahagian Pendaftaran Pemilih, PPN Pahang telah menerima jemputan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut untuk membuka kaunter pendaftaran pemilih.

Program yang dijadualkan  telah berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 2.00 petang dengan seramai 3 orang petugas. Sepanjang kaunter dibuka, petugas telah menerima pertukaran alamat seramai 93 anggota.

Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *