Kaunter Pendaftaran Pemilih (OUTREACH) di Kampung Alur Beruang, Kuantan

KG. ALUR BERUANG, KUANTAN 16 MEI 2026 (SABTU) – Bahagian Pendaftaran Pemilih, PPN Pahang telah menerima jemputan dari Pejabat Dun Pulau Manis untuk membuka kaunter pendaftaran pemilih yang bertempat di Kampung Alur Beruang, Kuantan.

Program yang dijadualkan  telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dengan seramai 3 orang petugas. Sepanjang kaunter dibuka, petugas telah menerima pertukaran alamat seramai 42 orang.

Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *