KUANTAN, 25 Jun 2026 (Khamis) –PPN Pahang memberi taklimat berkenaan Penolong Pendaftar Pemilih yang telah dilantik dari kalangan anggota tentera dan polis. Taklimat tersebut adalah merupakan satu syarat bagi lantikan sebagai Penolong Pendaftar Pemilih.
Program yang dijadualkan bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang Tingkat 8 Wisma Persekutuan, Kuantan dan telah berlangsung seawal jam 10 pagi hingga tamat jam 12 tengahari. Seramai 6 Anggota tentera dan 10 anggota polis mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Puan Nur Atiqah Binti Nik Shamsudin. Adalah diharapkan dengan penyampaian taklimat ini dapat meningkatkan ilmu dan cakna akan tanggungjawab sebagai penolong pendaftar pemilih di organisasi masing-masing.



