Program Pendidikan Pengundi ( VET ) di POLISAS, Kuantan

SEMAMBU, 23 jun 2026 (Selasa) – PPN Pahang melalui bahagian korporat dan unit operasi telah dijemput untuk memberi taklimat berkenaan Program Pendidikan Pengundi (VET) yang telah berlangsung di Dewan Auditorium Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu. Kehadiran pelajar yang ramai dan mendapat sambutan terpaksa dibuat dalam dua sesi iaitu jam 9.30 hingga 11.00 pagi, dan disusuli sesi kedua pada jam 11.30 pagi sehinga 1.30 petang. Keseluruhan yang hadir adalah seramai 1185 pelajar. 

Program tersebut telah berjaya memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang muda yang mencapai umur 18 tahun berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *