KANGAR, 13 Ogos 2026 – Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Perlis hari ini menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan bertempat di Ruang Legar, Perkarangan Bangunan KWSP, Kangar bagi mendekati masyarakat tempatan serta memudahkan pelbagai urusan berkaitan perkhidmatan pilihan raya.
Inisiatif turun padang ini dilaksanakan bertujuan memberi kemudahan secara terus kepada orang ramai, khususnya penjawat awam, pekerja swasta, dan pengunjung yang hadir berurusan di premis berkenaan tanpa perlu hadir ke pejabat utama PPN.
Antara perkhidmatan utama yang disediakan sepanjang program ini merangkumi:
- Semakan Status Daftar Pemilih: Semakan maklumat pendaftaran terkini mengikut sistem pendaftaran pemilih automatik.
- Pertukaran Alamat & Pusat Mengundi: Urusan pemaskinian alamat pusat mengundi berdasarkan alamat baharu dalam Kad Pengenalan.
- Khidmat Nasihat & Aduan: Ruang perbincangan serta khidmat rundingan bagi sebarang pertanyaan, kemusykilan, atau maklum balas berkaitan pilihan raya.
Program yang berlangsung seawal jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini menerima sambutan menggalakkan daripada warga Kangar yang mengambil kesempatan mengemaskini maklumat diri serta mendapatkan penjelasan terus daripada pegawai PPN Perlis.
Pihak PPN Perlis memaklumkan bahawa penganjuran Hari Bertemu Pelanggan di lokasi-lokasi tumpuan awam seperti ini akan diteruskan secara berkala demi memastikan maklumat pemilih sentiasa tepat, dikemas kini, dan diselenggara dengan berkesan.








