Program Kaunter Bergerak SPR (Outreach)

KANGAR, 22 Januari 2026 – Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis hari ini telah menganjurkan Program Kaunter Bergerak SPR (Outreach) bertempat di Ruang Legar Bangunan KWSP, Kangar bagi memudahkan orang ramai berurusan berkaitan pendaftaran dan maklumat pemilih.

Inisiatif turun padang ini bertujuan membawa perkhidmatan SPR secara terus kepada warga kerja serta pengunjung Bangunan KWSP, sekali gus meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan hak serta tanggungjawab sebagai pengundi.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter bergerak ini termasuk :

  • Semakan Status Pendaftaran Pemilih: Semakan daftar pemilih terkini.
  • Pertukaran Alamat Pusat Mengundi: Urusan pemaskinian maklumat tempat tinggal mengikut Kad Pengenalan.
  • Aduan dan Pertanyaan: Saluran bagi orang awam membuat maklum balas atau berkaitan daftar pemilih.

Program yang berlangsung seawal jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kakitangan KWSP serta orang awam yang hadir bagi urusan harian mereka. 

Program outreach seumpama ini akan diteruskan secara berkala di pelbagai lokasi tumpuan awam, pejabat kerajaan, dan pusat belia bagi memastikan tiada warganegara yang terlepas peluang untuk terlibat dalam proses demokrasi negara.

Orang ramai yang tidak sempat hadir digalakkan untuk membuat semakan dan kemas kini maklumat secara dalam talian menerusi portal rasmi SPR atau aplikasi MySPR Semak.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *