PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI DI IKTBN SEPANG

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI DI IKTBN SEPANG
TARIKH: 20 Mei 2026
TEMPAT: Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang
ANJURAN: Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor dengan kerjasama IKTBN Sepang
PENCERAMAH: Encik Mohd Shaheed Bin Mohd Ayub

Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor telah menjayakan Program Pendidikan Pengundi bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.
Sesi pendedahan dan perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Mohd Shaheed Bin Mohd Ayub, yang membawakan pengisian penting mengenai sistem demokrasi, proses pilihan raya di Malaysia, serta peranan belia sebagai pengundi yang bertanggungjawab.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasakan kefahaman sivik dan kesedaran pilihan raya dalam kalangan mahasiswa dan belia tempatan. Pihak PPN Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan IKTBN Sepang dan semua peserta atas kerjasama serta sambutan yang amat baik sepanjang program berlangsung.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *