PROGRAM PENDAFTARAN PEMILIH LUAR PEJABAT (PPLP)

PROGRAM PENDAFTARAN PEMILIH LUAR PEJABAT (PPLP)
TARIKH: 26 Julai 2026
TEMPAT: Surau Raudhatul Firdaus, Alam Budiman
KERJASAMA: Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Selangor

Program Pendaftaran Pemilih Luar Pejabat (PPLP) menerusi pembukaan kaunter luar bertempat di Surau Raudhatul Firdaus, Alam Budiman.
Program ini mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Anggerik Care dalam usaha mendekati komuniti setempat bagi memudahkan pengurusan pendaftaran dan kemas kini maklumat pemilih.
Menerusi pembukaan kaunter luar PPLP ini, pelbagai perkhidmatan utama telah disediakan kepada penduduk setempat, antaranya termasuklah

Semakan Tempat Mengundi: Memudahkan pengundi menyemak maklumat pendaftaran, pusat mengundi, dan saluran mengundi terkini.
Tukar Alamat Tempat Mengundi: Membantu pemilih menyelaraskan alamat pusat mengundi mengikut alamat terkini pada Kad Pengenalan (MyKad).
Khidmat Nasihat Pendaftaran: Memberi panduan terus kepada komuniti berkenaan urusan daftar pemilih.

Hasil daripada pembukaan kaunter perkhidmatan sepanjang program tersebut, sebanyak 271 orang telah berjaya mendaftar bagi urusan Tukar Alamat Pusat Mengundi.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *