KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH (OUTREACH) SEMPENA PROGRAM KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH MUKIM TEMBELING TENGAH, JERANTUT TAHUN 2026

TEMBELING, 14 April 2026 (Selasa) – Bahagian Pendaftaran Pemilih, PPN Pahang telah menerima jemputan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Kutipan Luar Cukai Tanah Mukim Tembeling Tengah, Jerantut, Pahang.

Program yang dijadualkan  bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Tembeling Tengah telah berlangsung selama 3 hari iaitu 14, 15 dan 23 April 2026.  Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang dengan seramai 3 orang petugas. Sepanjang kaunter dibuka, petugas telah menerima semakan daftar pemilih seramai 73 orang, untuk pertukaran alamat seramai 42 orang dan juga menerima satu aduan berkenaan lokaliti.

Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.

MAKLUMAT PROGRAM

NAMA PROGRAM : KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH SEMPENA PROGRAM KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH MUKIM TEMBELING TENGAH, JERANTUT TAHUN 2026

  1. TARIKH : 14 APRIL 2026 (SELASA)

MASA : 9.30AM – 2.30PM

TEMPAT : PEJABAT PENGHULU MUKIM TEMBELING TENGAH

STAFF : NAZILAWATI, SUKARNI & AHMAD ZAHIDI

LAPORAN : a. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH – 18

  1. TUKAR ALAMAT – 14 

 

  1. TARIKH : 15 APRIL 2026 (RABU)

MASA : 9.30AM – 2.30PM

TEMPAT : DATARAN PAKIR AWAM KUALA TAHAN

STAFF : NAZILAWAT, SUKARNI & AHMAD ZAHIDI

LAPORAN : a. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH – 30

  1. TUKAR ALAMAT – 15 
  2. ADUAN – 1

 

  1. TARIKH : 23 APRIL 2026 (KHAMIS)

MASA : 9.30AM – 2.30PM

TEMPAT : KEDAI MARA FELDA SUNGAI RETANG

STAFF : NAZILAWATI, SUKARNI & AHMAD JUNAIDI

LAPORAN : a. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH – 25

  1. TUKAR ALAMAT – 13

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *